Monday, July 2, 2012

Punca-punca keguguran rambut & petua melebatkannya

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut biasanya berpunca daripada: 
          
* Melahirkan anak

Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Namun dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih kembali.

* Penyakit tiroid

 Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius

Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan untuk penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser

Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Petua Melebatkan Rambut

Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2 biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa

Cara:

Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih keran terdapat telur.

Selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.

Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih. Sebaiknya menggunakan air suam.

# Petua melebatkan rambut ini bolehlah diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.



Monday, April 9, 2012

Tips Penjagaan Rambut

TIP PENJAGAAN RAMBUT

• Berus rambut anda dengan kerap sebelum tidur setiap malam.

• Basuh rambut anda dengan syampu yang sesuai dan gunakan sedikit sahaja tetapi cukup      
untuk menutup rambut sepenuhnya dengan buih. Gunakan perapi agar rambut lebih terurus.

• Elakkan memberus rambut yang basah. Ini akan menyebabkan rambut menjadi tegang dan terputus. Jika rambut terkusut atau tersimpul, menggunakan sikat bergigi lebar agar mudah terungkai dan sikat dengan perlahan-lahan.

• Hadkan penggunaan alat pengering rambut kerana proses ini boleh mengeringkan rambut anda seterusnya boleh menghilangkan kelembapan rambut dan kulit kepala.

• Elakkan pewarna. Gunakan inai sebagai bahan alternatif kerana inai lebih natural dan selamat.

• Ambil makanan tambahan kalsium atau minum dua gelas susu sehari.

• Potonglah rambut anda sekali dalam 7 minggu untuk mengelakkan rambut bercabang dihujung.

• Elakkan dari menarik rambut dengan paksa atau kekerasan.

• Jangan sekali-kali menggunakan gelang getah pada rambut anda kerana ia boleh menarik dan merosakkan rambut.

• Tutup kepala dan lindungi dari pancaran matahari yang terlampau.

• Urut kepala anda dengan sedikit minyak yang mengandungi vitamin E. Proses ini boleh membuatkan rambut anda lembut dan mudah diurus.

• Jangan sekali-kali mencuci rambut anda dengan air yang sangat panas atau sangat sejuk.

• Belajar untuk bertenang. Keguguran rambut boleh berlaku disebabkan oleh tekanan. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B, C dan E.

• Tambahkan zat besi dan mineral (bukan tablet) dalam diet harian anda.

• Jika rambut anda berminyak, kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Saturday, April 7, 2012

INAI (henna)

Terdapat tiga jenis inai:

1-inai asli
2-inai herba
3-inai neutral (tanpa warna)

1. Inai asli

Inai asli boleh didapati dalam bentuk serbuk. Serbuk inai diperolehi dari daun kering tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Lawsonia Inermis’. Ia dapat memelihara kulit dari berbagai jangkitan penyakit. Inai dapat mengelakkan kehadiran uban pra-matang dan digunakan sebagai penyubur rambut, membuat rambut bersinar dan lembut. Inai juga memelihara urat rambut disamping bertindak sebagai agen penyejuk kulit kepala. Ianya juga digunakan sebagai tatu untuk badan dikebanyakan negara di dunia.

Kebaikan Inai asli:

-menggalak pertumbuhan rambut
-menyejukkan kulit kepala dan dapat mengurangkan suhu
-pewarna semulajadi dan dapat menguatkan rambut
-menghapuskan kutu
-kekerapan menggunakan inai dapat mengurangkan masalah rambut bercabang dan mengawal kelemumur
-ia menambah sinar dan melebatkan rambut

2. Inai herba

Inai herba boleh didapati dalam bentuk serbuk. Inai herba adalah campuran inai asli bersama pelbagai herba India seperti shikakai, reetha, brahmi, bhringraj dan lain-lain. Inai ini digunakan hanya untuk rambut, bukan untuk badan.

Kebaikan Inai herba:
-mempercepatkan kadar pertumbuhan rambut
-mengelak jangkitan kulit kepala
-pewarna semulajadi dan menguatkan rambut
-remedi untuk rambut uban pra-matang
-kekerapan menggunakannya (setiap 15 hari sekali) dapat mengurangkan masalah rambut bercabang, keguguran rambut dan lain-lain serta secara semulajadi menjadikan rambut kelihatan bersinar.

3. Inai neutral (tanpa warna)

Ianya juga boleh didapati dalam bentuk serbuk. Inai ini tidak mengeluarkan warna. Ianya kaya dengan bahan perapi rambut, terutamanya untuk kulit kepala. Ianya 100% berguna untuk mengatasi masalah kulit kepala seperti jangkitan fungus, kelemumur dan sebagainya. Oleh kerana penggunaannya langsung tidak meninggalkan sebarang warna, maka ia dipanggil inai neutral.

Kebaikan inai neutral

-100% berguna dalam mengatasi masalah kulit kepala: jangkitan fungus, kelemumur, kegatalan kulit kepala dan lain-lain.
-sesuai bagi mereka yang tidak mahu mewarna rambut tapi menghadapi masalah kulit kepala atau hanya ingin merapikan rambut tanpa mewarnakannya.