Sunday, July 1, 2012

Ketahui Segala Hal Tentang Rebonding

Apa itu rebonding?

Rebonding adalah salah satu rawatan rambut yang melibatkan bahan kimia dimana rambut yang terhasil akan menjadi lebih lurus, licin dan berkilau. Ia adalah bersifat kekal dan cajnya adalah sangat mahal. Perbezaan caj rebonding antara satu salun dengan yang lain adalah bergantung pada produk yang digunakan, servis, jenis rambut dan rawatan penjagaan selepas rebonding.


Setiap jenis rambut ada bentuk jalinan semulajadinya untuk menjadikannya kerinting atau berombak-ombak dari sejak seseorang dilahirkan. Jadi krim pelembut di dalam produk rebonding tersebut akan digunakan untuk memecahkan struktur rambut tersebut. Kemudiannya bahan peneutral digunakan untuk mengikat jalinan ikatan itu semula dan membuatkan rambut tersebut menjadi lurus. Dalam lain perkataan rawatan rebonding adalah proses mengubah struktur asal rambut anda (mengstrukturkannya semula pada bentuk baru). Apabila rambut telah diluruskan anda perlulah mengulangi proses ini pada rambut yang baru tumbuh pada setiap 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun, bergantung pada kadar pertumbuhan rambut anda.

Proses Rebonding

Masa yang diambil untuk menyempurnakan rawatan/teknik rebonding adalah bergantung pada panjang, jenis dan ketebalan rambut. Tempoh proses ini memakan masa antara 4 hingga 7 jam (ikut rambut).

Langkah-langkah dalam proses rebonding

1. Analisa rambut dahulu
 Jenis Keriting : kerinting halus. ikal, berombak kasar
 Kondisi rambut : normal

Jenis Produk yang dicadangkan.
 Tentukan dahulu:
   a. Pernah/ sering melakukan perwarnaan/bleach, bila dan guna produk apa.
   b. Pernah/ sering melakukan rebonding, bila dan menggunakan produk apa
   c. Kecenderungan alergi terhadap produk tertentu
   d. Perawatan rambut yang dilakukan

Selepas itu baru fikirkan samada diperlukan perawatan terlebih dahulu.

2. Cuci Rambut
Cuci rambut dengan syampu yang lembut, dengan suhu stabil tanpa kondisioner supaya kutikel rambut terbuka untuk memudahkan/ mempercepat penyerapan krim pelurusan. Keringkan rambut menggunakan pengering rambut pada suhu sederhana 70% kering.

3. Sapuan krim pelurus
Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian lalu disepit untuk memudahkan proses menyapu krim pelurusan. Bermula dari bahagian kecil tengkok iaitu lebihkurang ½” tebal dibahagian kiri tengkok dan kemudian ½” di bahagian kanan tengkok. Sapukan krim selapis demi selapis hingga ke atas dengan dijarakkan 1 cm dari kulit kepala sehingga selesai diseluruh rambut.

*Jangan lakukan penarikan atau penekanan karena akan melukai permukaan rambut dan menyebabkan rambut bercabang. Penekanan pula akan menyebabkan pori-pori rambut tertutup dan memperlambat penyerapan krim kedalam batang rambut.

Stimkan rambut selama 10 hingga 40 minit bergantung pada keadaan dan jenis rambut. Jangan terlalu lama kerana ia akan merosakkan rambut. Untuk mengetahui apakah rambut telah relaks, ambillah sebahagian rambut, tarik perlahan dan bila rambut yang ditarik tidak balik kembali, bererti krim pelurus telah meresap dengan baik kedalam batang rambut.

4. Membilas
Bilas rambut sebersih-bersihnya dan keringkan. Bolehlah disapukan produk penahan kepanasan seperti minyak organik, losyen keratin dan seumpamanya.

5. ‘Flat Ironing’
‘Flat iron’ digunakan untuk meluruskan rambut dan menghilangkan mana-mana rambut yang kerinting. Suhunya adalah antara 160 ke 180 darjah sahaja. Menggunakan ‘flat iron’ seramik adalah lebih baik daripada ‘flat iron’ logam. Pakar biasanya akan melakukan pelurusan dengan berhati-hati bagi memastikan hasilnya rambut benar-benar lurus dan berkilau. Perhatian, ketebalan pengambilan rambut jangan lebih dari 1 cm supaya panas dari ‘flat iron’ dapat merata dan rambut lurus lebih rata. Pastikan ujung- ujung rambut di iron dan dibiarkan beberapa saat, agar hujung-hujung rambut lurus.

 
6. Biar sebentar
Setelah semua bahagian rambut selesai di’flat iron’, biarkan rambut sejuk sebentar untuk 5-10 minit.

7. Neutralizing (krim peneutral)
Rambut akan dibahagikan semula kepada beberapa bahagian dimana proses penyapuan bahan peneutral pula akan dilakukan. Sapukan krim ini pada rambut selapis demi selapis mulai dari belakang tengkuk. Kemudian dibiarkan selama 15-30 minit. Krim ini mengandungi vitamin yang dapat memberikan rasa sejuk pada rambut yang kepanasan setelah di’flat iron’. Krim peneutral ini akan mengikat semula jalinan rambut dan menstabilkan rambut pada bentuk baru.

8. Pembilasan
Bilas dan bubuh ‘deep conditioner’. Hendaklah menggunakan air yang sejuk. Bilas perlahan selama beberapa minit hingga bersih. Keringkan dengan pengering rambut dan sapukan serum rambut. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik,‘flat iron’ sekali lagi untuk mendapat rambut yang betul-betul lurus, berkilau bak sutera.

9. Penjagaan seterusnya
Bagaimana menjaga rambut rebonding dan mengelakkan keguguran rambut? Rambut rebonding akan menjadi satu malapetaka jika ia tidak dijaga dengan baik. Rambut memerlukan lebih penjagaan selepas melalui proses rebonding. Walaupun rambut telah lurus dan bersinar, anda masih perlu menjaganya. Rebonding yang dibuat di salun-salun ternama dan berpengalaman menghasilkan ketahanan rambut yang lebih lama dan kualiti rambut terjaga. Perlu berbincang terlebih dahulu dengan jurudandan anda tentang kondisi dan rawatan yang diperlukan sebelum melakukan proses rebonding.

a. Guna syampu khas 3-4 hari selepas melakukan teknik rebonding.
b. Guna kondisioner setiap kali selepas membasuh rambut
c. Bubuh serum rambut selepas mengeringkan rambut dengan towel
d. Minyakkan rambut selalu
e. Gunakan masker rambut asli setiap minggu selepas mencuci, contohnya gel aloe vera atau minyak zaitun dengan telur.
f. Minyakkan dan stim rambut setiap 15 hari. Bungkus kepala dengan towel suam
g.Makan makanan dengan diet yang seimbang, contohnya kekacang. Perlu diingat rambut yang direbonding mudah untuk menjadi kering, jadi pastikan  kelembapan rambut berada pada tahap yang baik.
          
10. Pantang larang rambut rebonding
- Dilarang membasuh rambut sekurang-kurangnya 3 hari/72 jam.
- Jangan klip rambut, mengikatnya dengan getah atau guna aksesori rambut 3 hari.
- Hendaklah menggunakan ‘shower cap’ semasa mandi untuk mengelakkan rambut basah.

11. Adakah rebonding bahaya untuk rambut?
Tidak dinafikan sebarang proses kimia akan ada kesan pada tekstur dan kualiti rambut. Penggunaan bahan kimia yang keterlaluan membuatkan rambut kering, lemah dan mengakibatkan rambut luruh. Rebonding rambut memerlukan rawatan penjagaan selepas rebonding untuk mengurangkan kerosakan tersebut.

12. Amaran
Sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut, elakkanlah rebonding dan sebarang rawatan rambut secara kemikal, produk rambut yang murah, jurudandan rambut yang tidak berpengalaman dan kondisi rambut yang lemah akan memberi pengalaman yang amat menakutkan buat anda. 

9 comments:

Nurul Aini said...

Assalamualaikum. Bole saya tanya berapa harga rebonding rambut paras bahu? Lagi satu saya nak tanya bahan2 yang digunakan halal ke sbb nanti nk bwk smbyg, mandi wajib dsb..

Noraz Salun Rambut Muslimah said...

Wa'alaikumsalam warahmatullah. Mengenai harga rebonding paras bahu tak dapat berikan secara tepat kerana terdapat perbezaan antara satu tempat/ kawasan dengan tempat yang lain, di salun saya, harga dipengaruhi berdasarkan tekstur rambut (kerja susah atau mudah) dan produk yang digunakan. Sebagai ingatan tentang tawaran harga murah rebonding, terdapat pengusaha menggunakan bahan tidak berkualiti dan petugas yang tidak mahir. Hasilnya rambut akan menjadi rosak, kering seperti penyapu huma dan kerap pecah dihujung. Mengenai bahan yang digunakan tidak semuanya "bersih" dan ada juga meragukan, walau pun telah popular. Sebagai pengguna kita perlu berusaha buat research dan rujukan ke JAKIM. Namun secara umunya, produk hair care tidak sesuai dirumus dari animal sources. Kebanyakannya menggunakan bahan sintentik dan natural sources. Wallahu'alam.

Sweet Go Lucky said...

Assalamualaikum.. Saya sudah melakukan rebonding beberapa kali dan skrg rambut saya telah rosak. Boleh saya dapatkan tips2 supaya rambut saya kembali neutral?

Noraz Salun Rambut Muslimah said...

Wa'alaikumsalam warahmatullah. Mengenai masalah rambut yang rosak selepas beberapa kali buat rebonding, saya syorkan buat treatment hair 2 minggu sekali atau sapukan minyak zaitun yang ori seminggu sekali untuk tempoh lama sebelum tidur dan syampu keesokan harinya. Kerana minyak zaitun baik untuk pertumbuhan dan penjagaan rambut. Selamat mencuba.

aku Xske menulis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zaza Alexander said...

Assalamualaikum.. Saya nak tanya boleh ke pakai tudung bila dah buat relaxing hair? Apa kesannya? Bagaimana ingin menjaganya?

SyafiqahAmir said...

Assalamualaikum, tumpang tanya pakai showercap tu hanya untuk 3/4 hari selepas rebonding kan?

soso bokbo said...

Assalam... klu sy gne flat iron je tnpa ubat ubatan ni sume camane???rmbut poros ke tak...kesan2 dye ?

Noraz Salun Rambut Muslimah said...

yup anda boleh menggunakan olive oil setiap kali sebelum mensyampu rambut. Biar dalam 30 minit spy ia meresap ke rambut, balut dgn towel atau pakai shower kep. Ulangi beberapa kali. Hasilnya pasti memeranjatkan anda. Sebulan sekali buat masker pisang atau avocado. Caranya lecekkan avocado/pisang kemudian campur yoghurt.Sapu ke rambut biar 30 minit sebelum di bilas bersih.